Menteri Kewangan 1

Sunday, May 5, 2013

SELAMAT MENGUNDI

Assalamualaikum

Lama tak bersua kan?

Salam perjuangan buat semua sahabat maya pro BN.

Sangatlah teruja nak memangkah esok pagi. Petang tadi setibanya ddari perantauan, aku disambut oleh rakan-rakan BN.

Sepanjang di perantauan, dengan internet kurang baik, maka susah nak update keadaan semasa. Tapi aku tetap observe apa yang berlaku dalam tempoh kempen mengempen ni.

Sangatlah terasa teruja tengok kawan2 BN berkempen. Hanya menekankan manifesto serta janji yang akan ditunaikan sejurus 5 Mei. Kagum aku dengan cara pemimpin BN yang hanya senyum dan tidak berkata apa-apa apabila dimaki serta dihamun oleh opponents. Grow up kiddo! Para pakatan, anda kurang ajarlah ketika berkempen.

Bermula dengan ceramah si Rafizi, darah aku dah mula nak menggelegak. Aku tak pergi tengok ceramah puak pakatan mahupun BN sendiri. Bukan cara aku nak dengar ceramah. Lecture ilmiah aku boleh hadap, tapi kalau ceramah politik, harap maaf. Loya.

Tapi, tak dengar ceramah tak bererti tak tahu apa yang berlaku. Sehari selepas ceramah by rafizi, seorang kawan yang menyokong PR datang kepada aku dan kata " Rafizi cakap penyokong BN bodoh". What the @##$%%^&*&%?

Suka hati kata orang bodoh. Rafizi tu sedar tak dia ceramah depan cermin? Pantulan kena kat dia balik la.... Pemimpin apa macam tu? Suka hati membodohkan orang. Tak semestinya hang budak pandai, orang lain bodoh. Adoyai. Dan penyokong dia pulak rasa sangat happy sebab depa rasa depa pandai. Nauzubillah.

Kalau tengok cara PR berkempen, mesti depa buat benda ni:

  • Jangan undi BN, Najib tu bunuh orang!
  • Jangan undi BN, Rosmah beli cincin guna duit rakyat.
  • Jangan undi BN, pendidikan patutnya free. PTPTN kena hapuskan.
  • Jangan undi BN, Calon BN tu rasuah
  • Undilah PR. Manifesto bukan janji, tapi nanti kalau PR menang, try la buat.

Nampak dak? PR kalau berjanji, sekadar janji, bukan untuk ditepati. isu cikgu-cikgi berjauhan pun jadi masalah. Kat dunia ni ramai lagi pasangan berkahwin duk berjauhan. Rukun damai ja rumah tangga. Kenapa cikgu yang jadi sasaran? Nak raih undi kesian dari para cikgu pulak? To Husam, with double N, kesiann. Tolonglah cari idea lain untuk berkempen.

Bukan nak puji cara BN berkempen, tetapi sepanjang tempoh berkempen, tak dengar lagilah bahasa kasar atau kesat dari pemimpin. Malah tak pernah lagi tengok mereka memburukkan pembangkang seperti yang pembangkang buat.

Kalau buka FB, masya Allah, PR akan caci maki dan hina menghina bangsa sendiri malah siap guna isu agama. Tetapi kalau BN, just tunjuk rentetan kejayaan Malaysia sepanjang pemerintahan selama ini.

Kepada pengundi, undilah dengan bijak.

Bab rasuah, kronism, aku rasa takde bukti kukuh pun. Kalau ada, sila laporkan kepada SPRM. Macam orang selalu buat laporan pelarian cukai. Haaaa, time tu biarlah SPRM buat kerja disa. Kalau takat dok mengadu domba, fitnah, pastu tuduh tanpa bukti, orang gila kat tanjung rambutan pun expert.

Hmmm, kepada SPR, selamat jalankan tugas. Aku tau, SPR akan dikatakan telus kalau PR menang. Kalau PR kalah, insya Allah, 7 Mei akan ada PERHIMPUNAN BERSIH 5.5........HAHAHAHA

OK, Selamat malam. Esok semua orang bangun awal, sembahyang subuh, pakai ensem-ensem, lawa-lawa, wangi-wangi. Pergi mengundi. Jalankan tanggungjawab anda. Undi adalah rahsia. Ini rahsia kita bersama. Kita paat pangkah dacing ramai-ramai esok ok.

Hidup BN!



Ya Allah, berikanlah kami peluang bagi bersama rakyat Malaysia satu penggal lagi. Jika kemenangan ini baik untuk kami, agama kami, negara kami, berikanlah kemenangan kepada kami. Namun jika sebaliknya, bagilah kami reda dengan ketentuanMu. Akan kami hadapi segalanya sebagai menerima ujian dan hadiah dariMu ya Allah. Ya Allah, berkatilah perjuangan kami. Berikanlah kejayaan kepada kami Barisan Nasional. Izinkan kami merapatkan saf dibawah langitmu diatas bumi malaysia yang bertuah ini.

Kepadamu kami berserah.

Amin ya rabbal alamin.

1 comment:

  1. hidup BN...teruskan menyokong kerajaan...BN untuk selamanya

    ReplyDelete