Menteri Kewangan 1

Sunday, May 5, 2013

SELAMAT MENGUNDI

Assalamualaikum

Lama tak bersua kan?

Salam perjuangan buat semua sahabat maya pro BN.

Sangatlah teruja nak memangkah esok pagi. Petang tadi setibanya ddari perantauan, aku disambut oleh rakan-rakan BN.

Sepanjang di perantauan, dengan internet kurang baik, maka susah nak update keadaan semasa. Tapi aku tetap observe apa yang berlaku dalam tempoh kempen mengempen ni.

Sangatlah terasa teruja tengok kawan2 BN berkempen. Hanya menekankan manifesto serta janji yang akan ditunaikan sejurus 5 Mei. Kagum aku dengan cara pemimpin BN yang hanya senyum dan tidak berkata apa-apa apabila dimaki serta dihamun oleh opponents. Grow up kiddo! Para pakatan, anda kurang ajarlah ketika berkempen.

Bermula dengan ceramah si Rafizi, darah aku dah mula nak menggelegak. Aku tak pergi tengok ceramah puak pakatan mahupun BN sendiri. Bukan cara aku nak dengar ceramah. Lecture ilmiah aku boleh hadap, tapi kalau ceramah politik, harap maaf. Loya.

Tapi, tak dengar ceramah tak bererti tak tahu apa yang berlaku. Sehari selepas ceramah by rafizi, seorang kawan yang menyokong PR datang kepada aku dan kata " Rafizi cakap penyokong BN bodoh". What the @##$%%^&*&%?

Suka hati kata orang bodoh. Rafizi tu sedar tak dia ceramah depan cermin? Pantulan kena kat dia balik la.... Pemimpin apa macam tu? Suka hati membodohkan orang. Tak semestinya hang budak pandai, orang lain bodoh. Adoyai. Dan penyokong dia pulak rasa sangat happy sebab depa rasa depa pandai. Nauzubillah.

Kalau tengok cara PR berkempen, mesti depa buat benda ni:

  • Jangan undi BN, Najib tu bunuh orang!
  • Jangan undi BN, Rosmah beli cincin guna duit rakyat.
  • Jangan undi BN, pendidikan patutnya free. PTPTN kena hapuskan.
  • Jangan undi BN, Calon BN tu rasuah
  • Undilah PR. Manifesto bukan janji, tapi nanti kalau PR menang, try la buat.

Nampak dak? PR kalau berjanji, sekadar janji, bukan untuk ditepati. isu cikgu-cikgi berjauhan pun jadi masalah. Kat dunia ni ramai lagi pasangan berkahwin duk berjauhan. Rukun damai ja rumah tangga. Kenapa cikgu yang jadi sasaran? Nak raih undi kesian dari para cikgu pulak? To Husam, with double N, kesiann. Tolonglah cari idea lain untuk berkempen.

Bukan nak puji cara BN berkempen, tetapi sepanjang tempoh berkempen, tak dengar lagilah bahasa kasar atau kesat dari pemimpin. Malah tak pernah lagi tengok mereka memburukkan pembangkang seperti yang pembangkang buat.

Kalau buka FB, masya Allah, PR akan caci maki dan hina menghina bangsa sendiri malah siap guna isu agama. Tetapi kalau BN, just tunjuk rentetan kejayaan Malaysia sepanjang pemerintahan selama ini.

Kepada pengundi, undilah dengan bijak.

Bab rasuah, kronism, aku rasa takde bukti kukuh pun. Kalau ada, sila laporkan kepada SPRM. Macam orang selalu buat laporan pelarian cukai. Haaaa, time tu biarlah SPRM buat kerja disa. Kalau takat dok mengadu domba, fitnah, pastu tuduh tanpa bukti, orang gila kat tanjung rambutan pun expert.

Hmmm, kepada SPR, selamat jalankan tugas. Aku tau, SPR akan dikatakan telus kalau PR menang. Kalau PR kalah, insya Allah, 7 Mei akan ada PERHIMPUNAN BERSIH 5.5........HAHAHAHA

OK, Selamat malam. Esok semua orang bangun awal, sembahyang subuh, pakai ensem-ensem, lawa-lawa, wangi-wangi. Pergi mengundi. Jalankan tanggungjawab anda. Undi adalah rahsia. Ini rahsia kita bersama. Kita paat pangkah dacing ramai-ramai esok ok.

Hidup BN!



Ya Allah, berikanlah kami peluang bagi bersama rakyat Malaysia satu penggal lagi. Jika kemenangan ini baik untuk kami, agama kami, negara kami, berikanlah kemenangan kepada kami. Namun jika sebaliknya, bagilah kami reda dengan ketentuanMu. Akan kami hadapi segalanya sebagai menerima ujian dan hadiah dariMu ya Allah. Ya Allah, berkatilah perjuangan kami. Berikanlah kejayaan kepada kami Barisan Nasional. Izinkan kami merapatkan saf dibawah langitmu diatas bumi malaysia yang bertuah ini.

Kepadamu kami berserah.

Amin ya rabbal alamin.

Saturday, March 2, 2013

Abby Abadi Wira Lahad Datu










Abby, anda kalau diam lebih baik. Sekian! Tak nampak pun apa2 sumbangan kenyataan dia pada warga lahad datu. Yang terkorban tu orang kerajaan. kalau kerajaan salah, dah sah2 wira2 negara tu takkan ikut arahan. tu laaa, dulu time sekolah orang suruh belajar pandai-pandai, dapat degree, jadi kakitangan kerajaan then fahami apa fungsi sebagai kakitangan kerajaan, mesti akan faham maksud SYMP.

Ni tak, pilih nak jadi penyanyi, pakai seksi2 zaman dulu pun dia salahkan kerajaan. bila pakai elok sikit dan2 kata kerajaan jahat. apa kes?

Kita negara berdaulat. Dihormati. Kita ada SOP dalam menangani kehadiran pengganas. kita tak boleh terus berkasar kalau mereka datang dengan cara untuk berunding. Sebab tu la kita kena buat rundingan dulu. La ni diorang mengganas, kita bertahan. Kalau kita serang awal2, nampak sangat kita yang tak professional.

Ish, kalau pakatan pegang sabah, mesti warga felda tu dapat duit sorang 1000 sebab tolong tumpangkan orang sulu... ye la kan DSAI dah pi jumpa Sultan Sulu awai2 lagi....

Abby, kalau bodoh jangan tunjuk sangat. Tak semestinya hang dah bertudung tu hg baguih dah. nyawa tu milik allah. sniper tu hanya jadi penyebab. dua orang yang terkorban tu sangat beruntung sebab jadi pejuang syahid... kita yang hidup ni belum tentu berpeluang mati dengan cara yang mulia tu.

Al-Fatihah.

Saturday, September 1, 2012

engineer vs teacher

salam aidilfitri

kepada anda kat luar sana, tahukah anda jurutera dan guru sedang bergaduh sekarang? setelah 55 tahun merdeka, generasi y sedang rancak bergaduh dalam meluahkan perasaan mengenai sikap pekerja sekarang. engineer kata cikgu pemalas. cikgu kata engineer tak kenang budi cikgu. apakah?

jom layan--------------->

http://luvlylya.blogspot.com/2012/08/saya-minta-maaf.html?showComment=1346436245018#c1251918972002394762

diserang balas oleh-------------->

http://malaysiandilemmas.blogspot.com/2012/09/reply-untung-la-sape-jadi-cikgu.html

nanti korang komen ye...NUTP nak kena kaji semula tak KPI guru-guru sekelian?

salam merdeka
#merdeka55

Sunday, May 6, 2012

POLIS JAHAT - KATA BERSIH 3.0




Kejatuhan adalah Anugerah Tuhan

Tadi dok pi merayap blog kawan-kawan, terjumpa artikel yang best ni.... dah lama jugakla LC tertanya-tanya kenapa si Nuar selalu meroyan dan berdendam dengan pihak kerajaan. BN adalah tunggak paksi dan tiang seri punca dendam beliau...


godek-godek mouse, jumlaha artikel ni kat blog Puteri Umno... Syabas Puteri UMNO. Fakta yang korang berikan ni memang terbaek. Tapi aku yakin, puak pakatan yang bengong tu tetap akan kata semua itu satu penipuan. Hakikatnya itu adalah kenyataan. Biasalah, senang cakap degan orang berilmu tapi susah untuk cakap dengan manusia bodoh sombong.

Aku extract artikel kat bawah ni dari sini...KLIK TAU!

Kes Anwar bermula dengan pendedahan oleh Ummi Hafilda, iaitu adik Azmin Ali mengenai hubungan sulit isteri Azmin, Shamsidar Taharin dengan Anwar serta penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual.    Surat layang Ummi Hafilda kepada Tun Dr. Mahathir pada mulanya dipandang sepi kerana dianggap sebagai dilakukan oleh musuh-musuh Anwar untuk menjatuhkan beliau.  

Namun, kisah mengenai Anwar mengamalkan aktiviti homoseksual sampai juga ke telinga Tun Dr. Mahathir melalui beberapa pihak termasuk Ketua Polis, beberapa orang Menteri serta pembangkang sendiri (Mat Sabu) yang mula memainkan isu ini dan sehinggalah ke dalam parlimen (Karpal Singh).

Tun Dr. Mahathir mengarahkan siasatan secara senyap bagi mencari jawapan yang pasti.  Sementara itu, Anwar yang telah menghidu bahaya mengarahkan Dato’ Pengarah Cawangan Khas (PCK) ke kediamannya pada 15 Ogos 1997 dan menyiasat surat layang tersebut.  Pada 17 Ogos 1997, Ummi dan Azizan, iaitu mangsa liwat dalam kes ini telah ditangkap dan dibawa ke Bukit Aman.  

Mengikut fail mahkamah Bilangan LF/T PCK(C) PENANGKAPAN UMMI HAFILDA DAN AZIZAN ABU BAKAR:

Kedua-dua tajuk telah ditangkap pada malam 17 Ogos 1997 oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah.  Memandangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ingin mengetahui perkembangan kes ini, maka Dato’ PCK dan saya telah diminta pergi ke kediaman beliau pada 18 Ogos 1997 di antara jam 0030 hingga jam 0100. 

(2)  Di dalam pertemuan ini, Dato’ Seri Anwar telah dimaklumkan tentang rentetan penangkapan kedua-dua tajuk berkenaan.  Dato’ Seri Anwar kemudiannya telah memberi arahan-arahan berikut:  
 
2.1.  kedua-dua tajuk tidak ditahan lama-lama.
 
2.2. Mereka hendaklah ditemuduga supaya mereka takut dan menafikantohmahan-tohmahan berkenaan;  
 
 2.3  Tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah.                                            

                                         

(Amir bin Junus) A/SAC I

T/PCK II AJ/MKHI

 
Dato’ Amir Junus juga menyatakan bahawa beliau merasa pelik kerana Anwar tidak pula meminta mereka mendapatkan kebenaran tetapi sebaliknya mengarahkan mereka mendapatkan penafian dan menegaskan agar kes tersebut tidak sampai ke mahkamah. 

Sebagai menurut perintah, Ummi dan Azizan kedua-duanya ditahan semalaman, ditekan dan dipaksa supaya menandatangani surat menarik balik segala pendedahan mereka dan mengaku sebagai telah memfitnah Anwar.   Akhirnya mereka mengalah. 

Lalu surat penafian mereka dihantar kepada YAB Perdana Menteri dan Anwar menganggap kes tersebut sebagai selesai.   

SAC Musa Hassan, bagaimanapun tidak menganggap kes tersebut selesai.  Beliau yang terlibat dalam kes ini sejak 15 Ogos 1997 dan telah ditugaskan untuk mencari bukti di rumah Ummi dan Azizan telah terjumpa dengan beberapa dokumen lain.  Baginya, selagi kebenaran belum terserlah, kes tersebut tidak boleh dianggap selesai dengan hanya penarikan balik surat layang oleh Ummi dan Azizan. 

Pada 2 September 1997, SAC Musa mengarahkan ASP Zull Aznam untuk memanggil semua saksi untuk tujuan mengambil kenyataan.   Bagaimanapun, ASP Zull Aznam menelefonnya kembali dan memberitahu bahawa Anwar ingin berjumpa dengannya. 

Dalam pertemuan tersebut, Anwar mengarahkan agar siasatan dihentikan kerana menurutnya, YAB Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan dalam surat layang tersebut adalah fitnah dan kes tersebut dikira selesai.  

Bagaimanapun, SAC Musa telah pun menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara dan ketika disoal balas mengenai hal ini di dalam perbicaraan, SAC Musa menjawab, “…saya tidak setuju bahawa tertuduh tidak mengarahkan saya untuk tidak menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara.” dan “Lima dokumen yang saya terima telah mempengaruhi saya untuk mencadangkan siasatan di dalam kes ini di NFA.  Saya bersetuju selepas meneliti kelima-lima dokumen yang saya terima, saya telah mengesyorkan siasatan dalam kes ini di NFA.  Saya juga telah kemudiannya mengesyorkan kepada Peguam Negara untuk siasatan kes ini di NFA.  Peguam Negara telah bersetuju di atas cadangan saya untuk NFA kes ini.”

Bagi persoalan sama ada Anwar telah menyalahguna kuasanya ke atas pihak polis untuk;
 
1.  mendapatkan pengakuan bertulis dari Azizan bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang oleh Ummi Hafilda, 
2.  mendapatkan kenyataan umum bertulis dari Azizan bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang oleh Ummi Hafilda, 
3. mendapatkan pengakuan bertulis dari Ummi Hafilda bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang yang dibuatnya dan 
4.  mendapatkan kenyataan umum bertulis dari Ummi Hafilda bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang yang dibuatnya. Yang Arif Augustine Paul telah memutuskan seperti berikut: 

“Saya dengan ini berpuas hati bahawa pihak pendakwa mempunyai prima facie yang menunjukkan bahawa tertuduh, semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mempunyai kapasiti untuk melakukan korupsi dalam keempat-empat dakwaan yang dikenakan terhadapnya menurut s 2(I) dari Ordinan No. 22.”

(Bersambung)

Wednesday, April 11, 2012

Kenapa PTPTN?

Selain berita penting pertabalan DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, my beloved Sultan, yang selalu datang ke sekolah aku dulu, dan selain cerita pasal tsunami yang tak jadi nak singgah ke negara kita - Alhamdulillah. Malaysia dilindungi.... Berita yang sengaja disensasikan adalah PTPTN.

Ingat lagi buku jingga? Muka surat 15 tak salah aku. Dengan aura pilihanraya kian mendekati, puak pembangkang kian rakus mempolitikuskan generasi Y.

Terbaru, isu PTPTN yang digunakan. Depa nak mansuhkan PTPTN yang menelan kos melebihi 40billion. tau dak 40 biliion tu banyak mana? kalau kira guna jari, atur lidi rapat-rapat, boleh round dunia 3 round. tu pun sebab lidi dah abeh. tak percaya? pi try buat. kalau tak sampai 3 round, bagi sampai jugak.

awat time ni baru nak mansuh PTPTN? awat tak buat je semua pelajar dari 5 buah negeri pembangkang yang pinjam ptptn sila daftar ke pejabat urusetia PKR/DAP/PAS, untuk memansuhkan PTPTN anda.

aku gerenti kalau depa buat macam tu, sumpah next election, malaysia akan diperintah oleh peliwat.

tapi awat depa tak buat? depa takdak duit. awat nak tunggu lepas menang election 13? sebab dah duk terbayang-bayang jambatan kedua pulau pinang, dah ternampak-nampak hasil cukai tahun 2012 sebanyak 110billion, dan depa dok nampak putrajaya kian anggun.

kenapa ptptn?

90% peminjam PTPTN adalah penyokong tegar BN. Tak percaya? Pi lah check.

how about JPA? OK, pemegang scholarship JPA mostly memang dah sokong pakatan. depa sokong pakatan tapi dapat duit dari kerajaan. oppps, tu bukan duit kerajaan. tapi duit rakyat. dan kalau korang nak tahu, peminjam ptptn yang dah bekerja tu la yang dok bayar cukai tinggi sebab keja dapat baguih-baguih, gross income tinggi maka contribution back to society....

la ni depa saja jentik peminjam ptptn supaya sokong depa dengan menjanjikan pembatalan bayaran balik ptptn. sungguh tak logik. buat apa nak batalkan [embayaran balik? nanti macamana nak tanggung bakal cerdik pandai yang tak layak untuk scholarship pulak?

kepada pakatan, jangan la dok buat publisiti murahan semata-mata nak masuk buletin utama.

kepada peminjam PTPTN, bayarlah balik pinjaman anda. dulu dah seronok top-up handphone gayut dengan kekasih guna PTPTN, la ni bayarlah balik. kalau betul korang nak minta mansuhkan bayaran balik pinjaman, korang patut buat dari dulu dengan score study korang bagi dapat 1st degree. bukana asyik repeat paper je...

ingatlah masa depan anak cucu kita pulak...kalau kita perabih duit la ni, lagi 10 tahun kot azmin ali meniggal, anwar lumpuh, nik aziz dah tak jadi MB, tapi pakatan jugak yang angpa dok pilih, angpa tak takut ke anak cucu angpa belajar takat pondok ja? sebabnya? ptptn dah muflis takde dana nak bagi


fikir-fikirkanlah...depa nak hangpa punya tanda 'X' je... lepas depa menang, interest PTPTN tidak lagi guna ujrah tapi BLR kalau pakatan menang.

percayalah cakap aku...

Wednesday, January 18, 2012

Kepincangan Pakatan

Kecoh dalam akhbar, media massa dan segala bagai media yang ada kat Malaysia. Semuanya menjurus kepada senario politik yang hamis dan menggelikan puak pakatan.

Otak penyokong puak pakatan juga kian hari kian intoxicated. Sehinggakan tidak mampu membezakan antara yang baik dan yang buruk. Sistem kehakiman pula, entahlah sama ada berpihak kepada unsur politik ataupun sistem kehakiman memang nampak kes setiap puak pakatan dah macam tak salah sekarang ni.

Salam tahun baru kepada semua makhluk dunia.

Awal tahun ni saja, puak pakatan sendiri dah menyakitkan malah mencederakan penyokong sendiri. Sesama mereka dah mula mengkhianati.

Hassan Ali adalah individu yang paling kesian dalam puak pakatan. Beliau telah work-out habis-habisan untuk selamatkan akidah umat Islam di Selangor khasnya. Semedang beliau dimarahi sejak menyerbu majlis doa selamat (kononnya) anjuran penganut kristian. Bagi juak Pas, majlis tersebut seolah2 seperti majlis parti hari jadi sahaja. Orang Islam boleh je join. Sekadar menambah ilmu pengetahuan mengenai kristian dan salah satu cara puak pakatan nak pupuk nilai perpaduan sesama Malaysian. Poooodah! Main bola dapat kad merah, Pirah!... Hassan ali yang kian rajin bersuara, terus dibuang, malah Khalid gagap dah tak sabar untuk mengisi kekosongan jawatan Hassan ali. Kini Selangor bukan lagi bermentorkan Pas dalam hal agama tetapi berketuakan Keadilan. Huh! Geli (sambil tangan ke bahu, mata ke atas). Sedangkan Penasihat PKR adalah seorang peliwat (dia sudah dianggap peliwat bila dituduh, sama seperti puak pakatan anggap Rosmah ada kaitan dgn kes altantuya walaupun takde cap jari rosmah kat kawasan cebisan badan altantuya dijumpai), inikan pula PKR nak uruskan hal agama negeri Selangor. Pas dah mula hilang kuasa di Selangor. Sedar atau tidak?

Awal tahun jugak menyaksikan 5 orang cedera sebab kena bom buatan sendiri puak pakatan. See, pakatan sendiri nak bunuh pakatan. Bom tu diletupkan sebab mereka tak setuju dengan keputusan  mahkamah. jelas lagi nyata, mereka geram dan sakit hati sebab hakim tak berjaya nak kurung anwar dalam bamboo river castle. tahukah anda? Azmin sedang tunggu masa anwar dijatuhkan. siapa taknak kuasa? fikir-fikirkanlah.

awal tahun ni jugak ramai siswa jadi korban pakatan. mereka dah dijadikan keldai pakatan sebagai penghuru-hara negara.yes, it is better to jadi keldai pakatan dari jadi keldai dadah. ye dak?

bagi aku, student biarlah study je. skor baik2, be someone yang bagus, professional then jadilah pemimpin negara. waktu tu org tau dah hg memang baguih dik oiii. ni, org dah tau hg adalah bakal cikgu yang akan memberontak bila guru besaq panggil meeting.

Kepada yang membaca, fikirkanlah apa yang terhidang depan mata sejak dua menjak ni, nilai elok2, lepas tu buat penilaian elok2...janganlah BR1M korang ambil, lepas tu redeem baucer tu pi daftar keahlian sebagai puak pakatan. tak mulia ok!

sedangkan azwan ali pun mintak maaf kat tun M, nampak sangat azmin tu tak best mana. mesti ada yang kata azwan dah dapat rasuah banyak dari BN.

ok, tinta dah abeh ink...esok nak pi tgk cerita ujian makmal kes letupan kat duta. jangan terkejut kalau tengok2 nanti dalang utama letupan adalah puak tertinggi pakatan jugak.